Logik Pertama Arunakiri ialah ~ Firdaus Wong adalah Hindu kerana memiliki banyak kitab Hindu.
.
Ikut logik dia, apakah penganut agama lain yang tidak memiliki kitab agama sendiri seperti kami bukannya penganut agama tersebut?
.
Logik keduanya ialah, kami bukannya Hindu kenapa ada banyak koleksi kitab agama Hindu?
.
Ikut logik beliau, semua kitab agama Hindu perlu dikeluarkan dari universiti & perpustakaan di seluruh dunia kerana majoritinya bukan milik Hindu.
.
Logik ketiganya ialah, kitab Hindu dalam koleksi kami adalah terjemahan (ada sanskrit & perkataan Romanise sekali serta diterjemahkan oleh sarjana Hindu sendiri) dan kitab Hindu dari Bali adalah paksu dan tak betul.
.
Ikut logik beliau, hanya ajaran Hindu versi Arunakiri sahaja yang betul kerana beliau pernah mengatakan ajaran Hindu yang diajar oleh Hindu Sangam Malaysia pun salah dan HSM menyembunyikan ajaran Hindu yang sebenar. Beliau perlu mengesa toko-toko buku agama Hindu di Indonesia untuk tutup kedai dan jangan menjualnya secara komersial agar kitab Hindu tidak dimiliki oleh bukan Hindu.
.
Kami sebenarnya bukan sahaja memiliki kitab Hindu tetapi kami memiliki koleksi kitab & buku agama Buddha, Sikhism, Kristian (Bible edisi terhad 1611, RV1952 & RSV1971), atheism, dan banyak lagi.
.
Oh ya, kami tidak menjual kitab agama lain dan kami letakkan kitab Hindu di luar pejabat kami di atas meja adalah kerana Arunakiri mahu melihat kitab mana rujukan kami dan memandangkan dia jenis tak reti bercakap baik dan sopan yang menganggu rakaman bersama RTM, kami terpaksa buat di luar supaya beliau keluar dari pejabat kami.
.
Sesiapa yang rasa apa yang kami tulis tak betul, kami alu-alukan sahabat untuk menulis dengan rujukan ilmiah dan bukannya mengfitnah dan menuduh macam macam terhadap kami. Setiap tulisan kami disertakan dengan rujukan dan nota kaki.
.
Kami menulis mencari persamaan dan berkongsi dengan masyarakat agar kita saling faham memahami bangsa, budaya & agama masyarakat di Malaysia selain menjawab fitnah dan tuduhan terhadap agama Islam. Takkan lah anda menuduh kami itu kebebasan bersuara manakala kami mempertahankan agama Islam kami pula dituduh ekstrimis kan? Berlaku adillah..
.
#islam #firdauswong
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過71萬的網紅VOGUE Taiwan,也在其Youtube影片中提到,日本星野集團旗下頂級旅宿品牌HOSHINOYA虹夕諾雅,在2005年於輕井澤開設第一間旅館至今,以結合所處地區的自然、歷史與文化,內斂奢華的空間設計,注重隱私並體貼的待客之道而聞名。 在京都、竹富島、富士、東京之後,2017年首度跨出日本國土,在峇里島烏布開設首間海外據點「虹夕諾雅 峇里島(HOS...
「bali bible」的推薦目錄:
- 關於bali bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於bali bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於bali bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於bali bible 在 VOGUE Taiwan Youtube 的最讚貼文
- 關於bali bible 在 Elaine Rui Min Youtube 的精選貼文
- 關於bali bible 在 Bubzvlogz Youtube 的精選貼文
- 關於bali bible 在 The Bali Bible - The Ultimate Guide to Bali. - Facebook 的評價
- 關於bali bible 在 The Bali Bible is Back! - YouTube 的評價
- 關於bali bible 在 The Bali Bible | Best Shopping Bali - Pinterest 的評價
bali bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
Pendidikan Seks Selamat: Solusi Atau Pencabulan Agama?
Pendidikan seks selamat ini merupakan pelajaran yang membangkitkan kesedaran tentang masalah pembuangan bayi, kehamilan luar nikah, dan juga masalah penyakit kelamin (STD) yang melibatkan hubungan seksual diantara pasangan.
Oleh demikian itu, kebanyakkan negara barat yang menjunjung ideologi liberalisme menekankan subjek ini dikalangan remaja mereka bagi mengelak masalah yang berlaku hasil dari pergaulan dikalangan lelaki dan perempuan. Bagi falsafah liberalisme yang membenarkan kebebasan, mereka juga memiliki kebertanggungjawaban terhadap kebebasan itu. Oleh kerana negara mereka membenarkan perbuatan seks di luar nikah maka tanggungjawab dari hal tersebut adalah memadai dengan memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat meminimumkan masalah yang timbul hasil dari ‘kebebasan’ itu dengan pendidikan seks selamat.
Jelas sebenarnya falsafah dari pendidikan seks selamat ini adalah sebuah struktur kawalan yang tidak mengambil kira dari sudut pandangan agama. Ia adalah pendidikan yang hilang dari roh keagamaan walhal di dalam sebuah negara demokrasi yang memiliki rakyat yang berbilang kaum dan agama pasti akan memiliki kebudayaan dan juga amalan agama yang melarang perbuatan hubungan seks di luar pernikahan.
Agama Mana Yang Membenarkan Zina?
Agama datang memotong akar kemudharatan daripada permasalahan yang melibatkan zina. Malah di dalam agama juga tidak membenarkan hubungan diluar perkahwinan
1) Zina Dalam Agama Islam
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra 17:32)
“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mukminuun: 5-7)
Di dalam satu hadis yang bermaksud:
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah berzina seorang yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah meminum khamr ketika ia meminumnya dalam keadaan beriman. Dan tidaklah mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman. Dan tidaklah pula orang yang merompak harta yang orang-orang melihatnya, ia dalam keadaan beriman”. (Shahih Bukhari no: 2475)
2) Zina Dalam Agama Hindu
Di dalam kitab Manusmriti banyak membincangkan mengenai hukuman dan larangan mengenai berzina khususnya dalam bab 8 bermula ayat 353 hingga 387.
Di dalam kitab ini juga menceritakan bagaimana bentuk zina:
“(seseorang lelaki) Menawarkan hadiah (untuk wanita), gembira-ria (dengan dia), menyentuh perhiasan dan pakaian beliau, duduk dengan dia di atas katil, semua (perbuatan ini) adalah dianggap perbuatan zina (samgrahana)” (Manusmriti 8: 357)
Dan bagi hukuman orang yang melakukan zina ini menurut Manusmriti adalah:
1) Hukuman mati (Manusmriti 8: 372 dan 359)
2) Hukuman sebat (Manusmriti 8: 364, 366, 369)
3) Hukuman kurung di rumah (Manusmriti 8: 365)
4) Hukuman potong 2 jari dan membayar 600 ‘panas’. (Manusmriti 8: 367)
Dan masih banyak lagi perincian terhadap hukuman yang dikenakan mengikut situasi pelaku tersebut. Hukuman ini berbeza-beza mengikut situasi dan juga dilihat kepada kasta si lelaki dan juga perempuan.
Malah hukuman ini juga jelas disebut terpakai kepada pelakon dan penyanyi juga. (Manusmriti 8: 362)
Di dalam kitab Dharmasastra (versi Hindu Bali) juga menyebut:
“Aku telah menguraikan tentang upacara penebusan dosa bagi keempat golongan; seorang lelaki setelah menggauli seorang wanita yang dilarang untuknya, harus melakukan penebusan dosa candrayanam.” (Kitab Parasara Dharmasastra bab 10: 1)
3) Zina Dalam Agama Buddha
Di dalam buku Sutta Nipata, Buddha menjelaskan bahawa keseronokan dan keinginan seksual adalah punca penderitaan:
“If one, longing for sexual pleasure, achieves it, yes, he's enraptured at heart. The mortal gets what he wants. But if for that person — longing, desiring — the pleasures diminish, he's shattered, as if shot with an arrow.” (Sutta Pitaka: Khuddaka Nikaya: Sutta Nipata: 4 Atthaka Vagga, [SN 4.1] Kama Sutta)
Dan dalam kitab Dhammapada juga menyebut:
“Orang yang lengah dan berzina akan menerima empat ganjaran, iaitu : pertama, ia akan menerima akibat buruk; kedua, ia tidak dapat tidur dengan tenang; ketiga, namanya tercela; dan keempat, ia akan masuk ke alam neraka.” (Dhammapada: Niraya Vagga: 309)
4) Zina Dalam Agama Kristian
“Kamu telah mendengar firman: Jangan berzina. Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzina dengan dia di dalam hatinya.” (Matius 5: 27 & 28)
“Kata orang itu kepada-Nya: “Perintah yang mana?” Kata Yesus: "Jangan membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta.”(Matius 19:18)
Malah seorang penafsir Bible bernama Matthew Henry memberi komen tentang perintah larangan berzina:
“This commandment forbids all acts of uncleanness, with all those fleshly lusts which produce those acts and war against the soul. Henry supports his interpretation with Matthew 5:28, where Jesus warns that whoever looks at a woman lustfully has already committed adultery with her in his heart.[1]
5) Zina Dalam Agama Yahudi
“Jangan berzina” (Keluaran 20: 14)
“Jangan berzina” (Ulangan 5: 18)
6) Zina Dalam Agama Sikh
Di dalam kitab suci agama Sikh menyebut:
“The philanderer lusting after numerous women does not give up seeking in others' homes. What he does daily only brings regrets--In sorrow and greed he is shriveled up.” (Kitab Adi Granth, Dhanasari, hlm 672).
7) Zina Dalam Agama Zoroaster
Di dalam agama Majusi atau Zoroaster di dalam kitab sucinya Zend Avesta menyebut, siapakah golongan yang paling menyakiti hati Tuhan (Ahura Mazda):
“Zarathushtra asked Ahura Mazda: 'Who grieves thee with the sorest grief? Who pains thee with the sorest pain?'
Ahura Mazda answered: 'It is the Jahi” (Zend Avesta, Vendidad 18: 61 & 62).
Perkataan Jahi atau Jehi di dalam konteks ayat ini adalah penzina. Ia adalah golongan yang dibenci oleh Ahura Mazda.[2]
Malah kesemua agama mewajibkan penganutnya berkahwin jika penganutnya mahu melakukan hubungan di antara pasangan. Demikian itu tidak ada agama yang membenarkan perbuatan zina. Malah dengan melihat kepada larangan di dalam agama-agama ini juga terus mengambil pendekatan pencegahan dari akar.
Kesimpulan
1) Sikap mempromosi pendidikan seks selamat ini lebih membawa kepada memupuk sikap ketidaktanggungjawaban di kalangan remaja.
2) Pendidikan seks selamat ini tidak memberi penyelesaian kepada permasalahan pembuangan bayi kerana sikap tidak bertanggungjawab ini adalah berlaku kepada pasangan yang tidak berkahwin. Jika mereka yang sudah berkahwin pasti berkeinginan tinggi untuk memelihara zuriat mereka dan bukannya membuang bayi mereka.
3) Perlu ditekankan pencegahan dari awal iaitu membina sikap bertanggungjawab dan kekuatan kerohanian agar menghindari amalan seks di luar pernikahan seperti dianjurkan oleh setiap agama.
4) Setiap badan dan persatuan agama-agama perlu memperkuatkan komuniti masing-masing agar setiap penganut berpegang kepada dasar ajaran masing-masing agar masyarakat kita terhindar dari masalah yang melibatkan hubungan di luar pernikahan.
5) Jika mahu diteruskan pendidikan ini, penggubalan berhubung Pendidikan Seks amatlah diperlukan. Ia walaubagaimanapun perlulah selari dengan kerangka agama dan kesantunan kebudayaan masyarakat di Malaysia.
Nota kaki:
[1] Matthew Henry’s Commentary on the whole Bible, comments on Exodus 20:14
[2] http://www.iranicaonline.org/articles/jeh
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
bali bible 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[Kepercayaan Hantu Bukan Berasal Daripada Islam!]
Sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat dunia ini yang mempercayai akan kewujudan kepada suatu entiti ghaib yang jahat dikenali sebagai hantu. Akan tetapi masing-masing memiliki versi yang tersendiri dan mereka akan menganggap hantu adalah dari roh yang jahat yang menganggu manusia.
Definisi hantu adalah satu makhluk yang pernah hidup (ada roh) lalu meninggal dalam keadaan tragis atau dia seorang yang jahat, maka rohnya akan membuat kekacauan dan menganggu orang-orang. Kepercayaan kepada hantu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam kepada Jin dan juga syaitan. Jin, Syaitan dan Iblis adalah makhluk yang Allah ciptakan sejak dari awal kejadian. Konsepnya tidak sama dengan hantu yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat dunia.
Ini kerana di dalam Islam, Allah menerangkan bahawa roh seseorang yang meninggal tidak boleh merayau dan menganggu orang. Firman Allah yang bermaksud:
“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (Al-Mu'minuun : 99-100)
Barzakh ini kata ulama adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia. Di dalam ayat lain Allah menyebut:
“Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa (roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” (Az-Zumar : 42 )
Dilihat pada ayat ini jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah dan Allah tidak membenarkan sama sekali roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menerima kepercayaan roh jahat merayau dan menggangu orang di dunia ini.
Akan tetapi perkara ini tidak terlepas dari belenggu kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu dan beragama Islam. Sehingga direkodkan terdapat lima puluh lima jenis hantu yang menjadi kepercayaan masyarakat melayu seperti hantu air, hantu pocong, pontianak, toyol, langsuir, hantu raya dan banyak lagi. Selain itu itu, ada diantara mereka juga membuat filem hantu dan menulis novel seram seakan menguatkan lagi ‘keimanan’ terhadap kewujudan hantu. Sedangkan perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam. Malah konsep kepercayaan hantu adalah kepercayaan agama lain dan terdapat di dalam kitab agama mereka.
Persoalanya bagaimana masyarakat pada hari ini boleh terdidik dengan kepercayaan sedemikian? Di mana puncanya?
Agama Dan Hantu
Di antara banyak-banyak agama samada Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain.[1] Terdapat dua agama yang sinonim dengan perkara-perkara mistik dan cerita-ceria hantu. Malah ia terakam di dalam kitab suci mereka dan memiliki pengkelasan yang tersendiri mengenai hantu-hantu iaitu agama Hindu dan agama Buddha. Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam kitab suci mereka iaitu Garuda Purana. Disebut di dalam Garuda Purana antara dialog Garuda dengan Visnu:
“Garuda kemudian bertanya: “akan tetapi kadang-kadang roh orang yang telah mati datang dan berterbangan menganggu orang-orang. Bagaimana mereka boleh melakukan hal itu? Bagaimana mereka boleh lepas dari neraka?”
Jawab Visnu: Ini sama halnya dengan tahanan yang lari dari penjara. Mereka datang dan menganggu sahabat atau keluarga mereka. Mereka kembali ke rumah lama mereka dan menyebabkan terjadinya pelbagai hal buruk di sana. Mereka biasanya suka melihat orang yang menderita. Semakin besar cintanya pada seseorang atau beberapa orang, maka semakin besar gangguan yang dilakukannya kepada mereka. Pada zaman Kaliyuga inilah banyak terdapat hantu seperti itu.”[2]
Dan panjang lagi dialog mengenai konsep hantu yang dijelaskan di dalam kitab agama Hindu ini. Ia adalah konsep roh merayau yang jelas disebutkan di dalam kitab agama mereka.
Manakala di dalam agama Buddha pula terdapat suatu kepercayaan alam di sebut Asurakaya-Bhumi iaitu alam hantu dan roh. Dalam kitab suci Petavatthu-Atthakatha yang merupakan sebahagian kitab suci Buddha yang khusus menghimpunkan jenis-jenis hantu.[3] Peta dalam bahasa Pali bermaksud hantu di dalam agama Buddha.[4] Disenaraikan nama-nama hantu di dalamnya dan sebahagianya adalah:[5]
1) Paradattupajivika- Peta: Hantu yang memelihara hidupnya dengan makan makanan dalam upacara sembahyang.
2) Khupapipasika- Peta: Hantu yang selalu lapar dan haus.
3) Nijjhamatanhika- Peta: Hantu yang selalu kepanasan.
4) Kunapasa-Peta: Hantu yang makan mayat manusia dan binatang
5) Guthakhadaka- Peta: Hantu yang makan berbagai macam kotoran
6) Aggijalamukha- Peta: Hantu yang dimulutnya selalu ada api
7) Sunijjhamaka- Peta: Hantu yang bertubuh hitam seperti arang
8) Suttanga-Peta: Hantu yang mempunyai kuku tangan dan kaki yang panjang dan tajam seperti pisau
9) Pabbatanga-Peta: Hantu yang bertubuh setinggi gunung
10) Ajagaranga-Peta: Hantu yang bertubuh seperti ular
11) Mahidadhika- Peta: Hantu yang mempunyai ilmu ghaib
12) Nicachaviparisa- Peta: Hantu yang tidak mempunyai kulit
13) Asiloma-Peta: Hantu yang berbulu tajam
14) Usuloma-Peta: Hantu yang berbulu panjang seperti anak panah
15) Nicachavitaka- Peta: Hantu perempuan yang tidak mempunyai kulit
16) Dugagandha-Peta: Hantu yang baunya sangat busuk
17) Asisa-Peta: Hantu yang tidak mempunyai kepala
Malah terdapat banyak lagi senarai-senarainya. Pembahagian jenis hantu ini hampir sama apa yang dipercayai oleh sebahagian orang-orang melayu. Pengaruh ini wujud dalam masyarakat melayu adalah hasil dari kepercayaan Hindu Buddha yang dianut oleh orang melayu nusantara pada suatu ketika dahulu sebelum datangnya Islam.
Melayu Hindu Buddha
Di nusantara, pengaruh agama Hindu tersebar sejak abad ke enam Masihi lagi yang dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini berkembang pesat ketika kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah.
Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah kerajaan Hindu di Tanah Melayu yang dikenali sebagai kerajaan Majapahit, Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua. Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Visnu, yang dapat dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah Bujang, Kedah.
Jika dilihat pada hari ini di Jawa Timur, Bali, Thailand dan Kemboja masih lagi menebal pengaruh agama Hindu di sana. Seperti di Jawa Timur masih wujud golongan yang berpegang dengan agama Hindu sejak dari pemerintahan Majapahit dan mereka adalah suku etnik Osing dan Tengger. Kedua suku etnik ini dan bersama dengan suku Bali dan Sasak adalah saki baki dari rumpun Melayu dari cabang etnik Jawa yang masih mengekalkan adat, dan kepercayaan Hindu mereka. Hasil dari kepercayaan dalam agama Hindu ini meresap ke dalam jati diri masyarakat Melayu memandangkan agama Hindu telah lama bertapak di tanah Melayu.
Setelah itu agama Buddha pula turut tersebar di kalangan sebahagian masyarakat Melayu. Agama Buddha mudah meresap masuk disebabkan masyarakat ketika itu melihat ia memiliki persamaan dengan agama Hindu. Malah di Pura Ulun Danu Bratan di Bali, masyarakat Hindu di sana turut menyembah patung Buddha kerana mereka percaya Buddha adalah jelmaan (avatar) dewa Visnu.[6] Sebahagian masyarakat Hindu ketika itu menganggap ia adalah sebahagian daripada Hindu.
Dalam sejarah nusantara, zaman kegemilangan penyebaran agama Buddha adalah pada zaman pemerintahan Srivijaya dan pada zaman inilah segala doktrin dan ajaran Buddha disebarkan di kalangan orang Melayu.
Oleh itu, sebelum kedatangan dakwah Islam ke tanah Melayu, masyarakat Melayu telah menganuti dua agama itu. Pada waktu itu masyarakat hidup dengan ritual dan kepercayaan Hindu Buddha. Apabila agama Islam mula kuat pada abad ke 14 M, sedikit demi sedikit ia menghakis sebahagian amalan kepercayaan keagamaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu.
Dalam keadaan Islam bertapak kukuh sehingga hari ini pun masih lagi terdapat bibit kepercayaan dalam Hindu Buddha yang seakan sebati dengan masyarakat Melayu sehingga sukar untuk dibezakan antara adat budaya yang dibenarkan, dengan adat agama yang dilarang syara’. Masyarakat perlu difahamkan tentang soal ini dengan lebih mendalam.
Berkait dengan kepercayaan hantu pula, pada zaman Srivijaya dan Majapahit inilah kepercayaan ini ditanam. Malah dapat dilihat di Bali yang majoriti Hindu, terdapat perayaan Hari Nyepi yang mana hari itu roh atau hantu berkeliaran. Manakala di dalam agama Buddha pula memiliki hari Perayaan Hantu Lapar.
Kesimpulan
Jika dilihat pada negara yang kuat pengaruh agama Buddha seperti Thailand, China, Jepun, Korea, Vietnam, dan Myanmar maka di sanalah memiliki cerita dan filem yang giat mempromosikan cerita hantu. Jika dilihat filem seram (horror movie) dari Barat pula mereka tidak memperkenalkan cerita hantu, mereka lebih kepada cerita-cerita pembunuhan dan ahli sihir.[7] Hanya di akhir-akhir ini sahaja mereka juga turut membuat filem yang berunsurkan roh-roh jahat memandangkan ia mendapat sambutan tinggi di Asia.
Jelaslah kepercayaan kepada hantu ini merupakan usul kepercayaan dalam agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian. Kepercayaan ini bercanggah dengan apa yang dijelaskan di dalam al Quran. Oleh itu, umat Islam haruslah peka terhadap perkara ini kerana ia melibatkan i’tiqad dan juga perkara ghaib yang berkait dengan iman.
Wallahua’alam
Nota Kaki:
[1] Di dalam agama Kristian juga mempercayai kewujudan hantu. Ia hanya wujud di dalam Perjanjian Baru dan tidak terdapat dalam Perjanjian Lama. Disebut di dalam Lukas: “Mereka terkejut dan takut dan menyangka bahawa mereka melihat hantu. Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu terkejut dan apa sebabnya timbul keragu-raguan di dalam hati kamu. Lihatlah tangan-Ku dan kaki-Ku: Aku sendirilah ini; rabalah Aku dan lihatlah, kerana hantu tidak ada daging dan tulangnya, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku." (Lukas 24: 37-39) untuk rujuk perbahasan hantu di dalam konteks ini lihat (2011). Harpercollins Bible Dictionary, Harper One, California, hlm 327-328
[2] Lihat Gede Oka Sanjaya, (2001). Garuda Purana, Penerbit PARAMITA Surabaya, Surabaya, hlm 90
[3] Petavatthu termasuk di dalam bahagian Khuddaka Nikaya dalam buku Sutta Pitaka
[4] Lihat (2012). Buddhist Funeral Cultures of Southeast Asia and China, Cambridge University Press, UK, hlm 126
[5] Lihat Dhammapala, (2016). Peta-Stories, Alih Bahasa: Dra. Lanny Anggawati, Dra. Wena Cintiawati, Vihara Bodhivamsa, Indonesia.
[6] Dalam Kitab Bhagavata Purana mengatakan Buddha adalah avatar Visnu ke 24, manakala mengikut sumber lain mengatakan ia jelmaan Visnu ke 9.
[7] Adapun di sebelah Rusia, Ukraine, Belarus dan negara-negara pasca-Soviet juga wujud kepercayaan hantu seperti kepercayaan dalam agama Buddha. Kepercayaan manusia yang mati lalu rohnya menghantuai seperti Rusalka, Domovoi, Ivan, dan banyak lagi. Kepercayaan sebegini ini berkemungkinan besar dibawa oleh golongan Gereja Ortodoks seperti konsep kepercayaan hantu terdapat di dalam Lukas 24: 37-39.
R&D TEAM MRM
bali bible 在 VOGUE Taiwan Youtube 的最讚貼文
日本星野集團旗下頂級旅宿品牌HOSHINOYA虹夕諾雅,在2005年於輕井澤開設第一間旅館至今,以結合所處地區的自然、歷史與文化,內斂奢華的空間設計,注重隱私並體貼的待客之道而聞名。
在京都、竹富島、富士、東京之後,2017年首度跨出日本國土,在峇里島烏布開設首間海外據點「虹夕諾雅 峇里島(HOSHINOYA Bali)」。谷關憑藉著泉源豐富的溫泉及山林圍繞的溪谷兩大絕佳優勢,吸引虹夕諾雅來此開設海外第二間據點—「虹夕諾雅 谷關」,即將於2019年6月30日正式開幕!
【 其他熱門主題推薦 】
▷ 到明星家翻箱倒櫃 ► http://bit.ly/2JBOSI7
▷ 女星變美密技 ► http://bit.ly/2Jj1rIQ
▷ 時尚穿搭、精品 ► http://bit.ly/2HwkQ67
▷ 瘦身、瘦腿、塑腰、練翹臀 ► http://bit.ly/2WNFNiY
▷ Vogue 每月封面人物 ► http://bit.ly/30emYI7
▷ 美容、保養、彩妝技巧 ► http://bit.ly/2HgnWMw
▷ 73個快問快答+歐美明星搜包 ► http://bit.ly/2HjHVsx
------------------------------
記得開啟YouTube🔔通知唷
喜歡請訂閱我們→ http://bit.ly/2eoVk7R
-------------------------------
【更多VOGUE TAIWAN】
+ 美人Beauty社團:http://hyperurl.co/rgfitl
+ Web:http://www.vogue.com.tw/live/
+ Facebook:https://www.facebook.com/VogueTW/
+ Instagram:https://www.instagram.com/voguetaiwan/
+ Twitter:https://twitter.com/Vogue_Taiwan
+ LINE:voguetaiwan
▷ Make sure you subscribe to my channel and hit the notification bell, so you don’t miss any of my new videos → http://bit.ly/2eoVk7R
--------------------------------------------
※關於時尚,VOGUE說了算!自從1892年第一本VOGUE在美國出版以來,至今已有122年的歷史,始終被時尚專業人士所推崇,因此榮譽為Fashion Bible時尚聖經。
--------------------------------------------
※台灣VOGUE隸屬Condé Nast Interculture Group,相關國外影片皆由國外授權提供給台灣使用,台灣VOGUE秉持服務網友,讓更多中文語系觀眾可以看到國際影片跟中文字幕,所以在此頻道分享給大家,如果喜歡我們的頻道,請訂閱我們,我們將會持續努力帶來更多優質內容。
bali bible 在 Elaine Rui Min Youtube 的精選貼文
Bali is and has always been one of my favourite places to return to for a good dose of sun, sand and sea. Here's compiling some of my favourite spots in Bali and Nusa Islands that you have to check out during your next visit.
_____________________________
Join the family and subscribe to my channel today: https://youtube.com/elaineruimin
_____________________________
Head over to my socials to say hello!
♥ Instagram: http://www.instagram.com/elaineruimin
♥ Facebook: http://www.facebook.com/elaineruimin
_____________________________
Thank you so much for watching! Talk to me in the comments and let me know what else you’d like to see my future videos! Remember to subscribe for more weekly updates! :) I love you all to the moon and back x
bali bible 在 Bubzvlogz Youtube 的精選貼文
This month's Ask Bubz episode ^_~
1. Do you have many close friends?
2. Any celebrities that you think/get told you look like?
3. Have you ever lost friends along the way while you were chasing your dreams?
4. Favourite quote from the bible?
5. Do you want your child to grow up in Hong Kong or Northern Ireland?
6. What are your first thoughts when you wake up?
7. Any regrets on your first relationship?
8. Have you thought of baby names yet?
9. Are you a full time Youtuber?
10. Would you consider vlogging your child as he/she grows up as video memories?
11. What is something you think people think of you when they meet you for the first time?
12. What is your biggest accomplishment so far?
13. Where does the name Bubz come from?
In the last Q&A video, you guys asked if I will give longer detailed answers to your questions. I hope this video is more thorough for you guys.
We are enjoying our time in Bali. Been relaxing and eating lots. Still missing you all.
Love Bubz xx
Connect with me:
MY WEBSITE: http://www.bubzbeauty.com
TWITTER: http://www.twitter.com/bubzbeauty
INSTAGRAM: http://www.instagram.com/itsbubz
TIM'S INSTAGRAM: http://www.instagram.com/bubzhubz
FACEBOOK: http://www.facebook.com/itsbubz
SHOP: http://www.shopbubbi.com
Subscribe to my Vlog channel for daily doses of Bubz, Chubbi, Domo & Tim:
http://www.youtube.com/bubzvlogz
Write to me:
Lindy Tsang
P.O. Box 2093
Yuen Long Post Office
Hong Kong
bali bible 在 The Bali Bible is Back! - YouTube 的推薦與評價
The Bali Bible is back and our team is excited to showcase everything it has to offer. Visit www.thebalibible.com to see the latest ... ... <看更多>
bali bible 在 The Bali Bible | Best Shopping Bali - Pinterest 的推薦與評價
May 16, 2017 - Bali is quickly becoming one of the most iconic and inspirational hubs for fashion and here are some of our favourite Retail Stores in Bali! ... <看更多>
bali bible 在 The Bali Bible - The Ultimate Guide to Bali. - Facebook 的推薦與評價
The Bali Bible - The Ultimate Guide to Bali., Denpasar, Bali, Indonesia. 338390 likes · 203 talking about this · 14830 were here. Your go-to guide for... ... <看更多>